Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu;
Tolong pergi kedai...........Rp 250
Tolong jaga adik..............Rp 500
Tolong buang sampah......Rp 250
Tolong kemas bilik...........Rp 500
Tolong siram bunga.........Rp 500
Tolong sapu sampah........Rp 500
JUMLAH Rp 2500
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan.........Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu...........Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu..............Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu........Percuma
Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu...Percuma
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya sayangkan ibu”. Kemudiannya si anak mengambil pen dan menulis ‘TELAH DIBAYAR’ pada muka surat yang ditulisnya.
Dan janganlah seseorang itu merasakan bahawa dia telah membalas jasa ibunya walaupun dia telah melakukan pelbagai kebaikan kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita sekiranya ia merasakan demikian dia adalah anak DERHAKA…
Wallahu’alam…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar